Sunday 18 May 2014

study Institusi Islam Dan Cabaran Semasa

assalamualaikum ... 

nak menangis rasenye buat nota untuk subjek nihh . sangat panjang . dah lha lect yang ajar subjek nih straight!
tak boleh nak kompromi . nak jawapan same dengan yang dalam module and ape yang dia dah ajar . tapi . yang peliknyaa ann . bila aku bukak buku nihh . aku rase macam tak pernah belajar lha pulak ann . aku tak tahu dah nak buat ape . mati kutu . 
sampai roommate aku si NADZIRAH  cakap muka aku berkerut macam orang ade banyak masalah .
padahal masalahnye cume nak buat nota . haha . sakai betul lhaa . 

tak suka lha nak menghafal nihh . buat migrain datang tanpa henti . sakit pulak kepala kita nii haa . ehmmm . 

tadi ann . lepas paper Building Services . perasaan baru lepas satu paper tuhh macam dah abis final semua subjek ! haha . sengal sengal jee . 

btw . alhamdulillah . paper DCM2062 boleh jawab . in shaa allah boleh GO ! lusa baru lha subjek agama nii haa . dua kredit . 

tujuh belas topik kene baca . ehmmm . sementara otak tengah kusut kusut buat 4 topik tadi . 
release jap dengan mengUPDATE blog . hehe . 

BOSAN !

Thursday 15 May 2014

Salam Jumaat

assalamualaikum ...
selamat tengahari di ucapkan kepada lappy yang berada di hadapan saya ini . haha . hari nihh . sepatutnya ade kelas Building Services dengan En Lelasari . kelas pukiol sembilan . tapi budak bilik aku and termasuk lha aku sekali . pukol sembilan tuhh baru bangun nak mandi . haha . biase lhaa . kelas time hari cuti memang macam tuhh lha kitorang . buat slamber badak jee . kalau lambat sekalipun . ngeee . then . pukol 9.15 kitorang tengah siap siap . tibe tibe dapat wechat dalam group . "kelas batal" . perhhh . marah bhaiii . ye ahh . dah ahh nak final . boleh pulak nak batalkan kelas . kitorang tak puas hati . so , kitorang pon call lha En tuhh . rupenyer En dah sampai pukol sembilan tepat . then tengok tak ade sesape . tuhh yang dia macam majuk sikit . siap whatsapp dalam group . "kelas macam tak dapat sambutan je" haha . kesian En . kitorang pun pujiok lha En . then kelas start pukol sembilan setengah . apak diaa ahh . yang ade dalam kelas tadi tak sampai sepuloh orang kot . sepatutnya ade 40 . haha . kesian En . dia seboleh bolehnya nak kitorang semua dapat A ! siap buat kelas . hmm hmm . tapi sambutan yang menghampakan . ye ahh . bebudak ramai balik . tapi salah dia jugak . tak bagi tahu awal awal yang dia nak buat kelas minggu nihh . emm emm . redhaa je lhaa . so . kelas start lha macam biasa . 

tamat kelas 

setelah habis kelas BS . kitorang pun keluar . mase aku ngan Ira angkatkan report ngan assignment En letak dalam kete dia . dia siap pesan . study lha betul betul semua yee . 
berharap betul dia kat kitorang . 
sayang En ! haha . 

habis kelas tadi pulak . kitorang menyinggah lha ke warung . sarapan lha . ape lagi ? alang alang dah bangun awal . pergi lha sarapan sesame . ye ahh . plan nak makan sesame dari hari rabu kot . dah tuu . jadinya hari Jumaat nihh . haha . lawak jee sebelum nihh .
cerita jee lebihh . konon nak bangun pagi . haha . harapan ! 

yang ada tadi Aliyanie , Nadzirah , Syahira , Muttalib , Hafiz , Badrudin and Fitri 

haa . cerita kat warung tadi . semua macam jimbit . bahan aku . kate aku keje kat warung tuhh . siap suhh aku tambah sudu . angkat pinggan . semua gara gara aku salah order nasi lemak kat akak tuh . patutnya tambah dua jee . akak tuhh amik order tiga . ehh . bukan salah aku ehh . salah akak tuu ahh . hahha 
bergosip pasal budak pempuan sem, satu yang belakang meja kitorang lagi . 
actually bukan aku yang bergosip . tapi budak laki okayyhh ! \
tak boleh blaa jee . mulut macam perempuan . rase macam nak cili jee . 
dahh ahh kene kenyit mata dengan Apis ngokngek kentut besepah . haha . 
goyah aku dibuat nyaa . haha . 

"iman tak dapat diwarisi"-Apis 

dok bercerita kat diorang yang aku kenekan Pak Guard malam tadi . 
cerita dia macam nihh . 
aku dengan member aku lepak kat Student Centre . mase tuhh pukol sebelas lebih daah . sebab nak tunggu Bad . nak bagi assignment n report . then pak guard pon datang . name dia Anep . dia cakap yang tempat tuhh keras . dia selalu nampak benda pelik kat situu . "puntianak"
sampai kitorang seram . hmm . tapi tak ade lha seram sangat . haha .
lepas dia citer . kitorang pon bla ahh . sebab tak jadi nak bagi barang tuhh . sebab budak laki pegi overnyte kat luar pulak . 

dalam pukol dua lebih macam tuhh . 
aku dengan member aku . name dia wani . kua dari bilik . lepak lha kat koridor luaa . nak amik angin . 
yang aku nihh . mata gatal . asyik nak cari jee benda benda pelik . 
lastly , aku nampak jugak benda pelik tuhhh .
aku nampak lembaga hitam tengah berjalan kat Bengkel B . 
aku pun tegur ahh . aku cakap kat wani . 
"wehh . kau nampak tak ? tuhh oranng ke ape tuhh ?"
"bangang ahh kau nihh ! tak payah ahh tegur"-Wanie 
dua dua berlari masuk dalam bilik . sebab takut . 
yang aku nihh pulak. tak puas hati . aku nak kepastian . aku pun pegi balik kat koridor . aku tengok balik . 
lembaga tuhh naik kat atas DM (dewan makan) . aku pun konon nak jadi heroin lhaa .  mane lha tahu yang tuhh pencuri kee . 
aku pun suruh member aku message pak guard . 

message message . rupenyer diorang tengah meronda . jimbit jee ! pastuhh tengah usha pasangan couple tengah dating dekat student centre . 
ehmmm . maksiat maksiat !

kitorang pun konon konon lha tanye kat pakguard tuhh . berape orang jee yang meronda ? pastuh pak guARd pun bagitahu ahh yang diorang cume berdua jee . 

"ye kee berdua ?aku nampak dari atas nihh korang bertiga !"
"kau jangan main main . aku berdua jee nihh . nihh yang rasa lain macam"

siap suruh tengok tengokkan kat bengkel B tuhh ade pape tak ? 
hahaha . 

hahaha . cuak bhaii dioarang . padan muka . tuu ahh . takutkan kitorang lagi . 
sorry to Pak Guard . hehehe . 


semoga kita semua mendapat keredhaan di dunia dan akhirat . amin ~

assignment bertimbun !

assalamualaikum ...
lallalala . nak dijadikan cerita . minggu nihh sepatutnya student semua rileks kan minda . tapi kitorang semua telah dibekalkan oleh assignment serta final project yang sangat banyak . bayangkan lha . tiga project kene hantar dalam satu hari . dengan report lab lagi . apak iyee ahhh . umphhh . mase yang diberi hanya lha dua minggu . and dalam dua minggu tuh pulak penuh dengan test . bengang tak bengang lha kan lecturer buat kitorang macam nih . rasa nak maki jee . tapi apakan daya kitorang hanya student . menurut perintah sahaja lha kan . nasib lha lecturer tuhh mengajar aku . turunkan ilmu kat aku . aku masih ada ras hormat dekat orang . (: tapi siyesly tensyen sangat minggu nih . bayangkan lha tak tido dua hari . berjaga . umphhh . rasa macam dah bukan orang normal dah . ye ahh . malam berjaga . siang membuta . dah ahh menjak menjak nihh kene kacau dengan benda halus . biler overnight jee . mesty ade jee dengar bunyi yang bukan bukan . pelik pelik . seramshitt gitu ! tapi alhamdulillah . dengan berkat kesabaran kitorang . buat kerja sama sama . stay same same . teman satu sama lain . akhirnya dapat jugak siapkan semua assignment n project . walaupun keje siap . kitorang tahu yang kerja tuhh kurang sempurna . and "did we care about it ?" tuu ahh . bagi last mint . pastuhh nak yang perfect jee . supaya senat senang cek ! ahh pedulik ape sehh . 


btw . kitorang dapat jugak siapkan semuanya on time . nihh nak jadi architect ? bapak ahh . payah gila . kepala boleh botak wehh dengan benda nihh semua . cehh . acahh acah sikit drawing tuhh . haha . bia lhaa . usaha tangga kejayaan weh . auuumm . 
antara nak atau tak nak jee nak berjaya ? (: yang gambar atas nihh baru satu subject ! belum lagi math . science and the other theory ! umphhh . bersengkang mata . 

nak diceritakan pasal subject math lagi ahh . dahh ahh bagi soalan yang salah n tak boleh dapat jawapan . then bila kitorang tanya . dia nak marah . pehh . angin bhaii memasing mase tuhh . dengan mata mengantuk . pastuhh tanya elok elok kene marah . padahal salah sendiri ! jimbit jee . tahu lha yang lect busy . tapi tak payah lha marah dengan tak semena kat kitorang . sakai sangat tahu ! ingat dia seorang jee yang banyak keje . dahh ahh orang nak final . dahh ahh kacau mase study week orang dengan assignment yang last minit . bikin angin kentut mahu keluar jee . aishhhhh . 
sem nihh memang semuanya serabut ! dengan lect yang selalu tak masuk . lect yang kejenye nak emo . padahal marah kat seorang . tapi satu kelas kene ! ishh . saikoo ! 

WALAUBAGAIMANAPUN 
saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah mengajar kami . HUKHUKHUKHUK 
tidak dilupakan juga kepada sahabat andai yang sentiasa disisi menemani tengah malam untuk menyiapkan assignment serta project yang bertimbun 
HAHAHAHHA 
yang telah diberikan oleh tenaga pengajar . 
alhamdulillah . akhirnya kami telah dapat menghabiskan semua silibusss . walaupun tak berapa nak paham . umphhh . kite kene bersyukur jugak . (:


HAAAAAAA 
nihh dah nak start final dah nihh . ahad nihh dah ade paper . tapi apekan daya . mood mengahafal masih belum timbul . semoga segalanya dipermudahkan ! amin ~

final belum start tahu !?
yang seronoknyaa . budak bilik aku dah siap packing barang dah . siap tinggalkan tiga pasang baju kurung untuk pergi exam jee nanty . hahaha . sape ntah ann . aku pun tak tahu lhaa . 
biasa lhaa sape yang tak TERUJA kan nak balik rumah . gilaa kau . asyik terperuk kat sini jee . boleh mati kutu wehh . haha . semangat lebih nak balik .  

nak diceritakan pasal bilik sekarang . ya allah . tak tahu lha nak describe nihh dah jadi macam ape . macam kapal karam pun ade . setiap sudut ade jee kertas . plan . jobsheet .  nota kecik kecik . haa . jangan pikir bukan bukan . dalam bilik kitorang tak ade serangga okayhh . kalau ade pun cume semut . tuhh pun kitorang tak sampai hati nak bunuh . tuhh yang kitorang biarkan jee . (:
ye lhaa . semut kan kaum Nabi Sulaiman 


disebabkan terlalu tensyen kite boleh buat macam macam benda yang kite sendiri tak jangka kite boleh buat 
secret ~~~~~~~~
akhir kata . semoga kita semua dapat capai kejayaan di dunia dan akhirat . amin ~